‘The Writer's Portrait’ Series,
2004
Yee
I-Lann
May
2004
*
Translations to Bahasa Malaysia by Hishamuddin Rais
Terjemahan ke Bahasa
Malaysia oleh Hishamuddin Rais
**
this is the original May 2004 artist statement + Writer’s Bio text and has not
and should not be updated
ini merupakan kenyataan artis + teks biodata penulis yang asal pada
Mei 2004 dan tidak perlu dikemaskini
As a Malaysian, Islam is all around me and a part of my life
even though I am not Muslim. I have a familiarity with Islam that has come
about both through osmosis and direct national policy. I initially felt some
trepidation in being a part of this particular exhibition as I have long had a
unique Malaysian training of not commenting on religions besides my own. Even
though Islam, as the dominant religion in Malaysia, has in many ways shaped the
way I live my life, I am uncomfortable about making direct statements about
Islam per se as I feel I do not have enough knowledge about the religion. What
knowledge or understanding I do have is given to me in speech, action and
example by Muslims in my community. I like the idea that in a multicultural
society we share a bit of each other, adopt the sensibilities of our neighbours
and become more multi dimensional with wider minds. We all reflect the
communities we grow up and live in; religion of various denominations is a big
part of that heritage.
Rather than address Islam directly, 'The Writer's Portrait'
Series tries to draw an image reflecting a part of my environment that has
influenced me; a small collective communal portrait made up of a selection of
Malaysian Muslim male writers. They are writers with strong public voices that
address various socio-political local and personal issues through their works
in the form of poetry, lyrics, stories, articles, scripts etc. They are also
writers that have a sensibility I admire, that comes from a deep love, respect
and understanding of their community as well as an essential critical
disposition that questions themselves and their community. Each writer has
through their thoughtful deliberations a relationship with their religion and
spirituality that permeates their personalities and thus the work they produce.
'The Writer's Portrait' Series hopes to do justice first to
the character of the person and secondly, as a series of portraits, help begin
to describe the Malaysian Muslim Male, mapping his thought processes, hopes,
fears, as well as community responsibilities and concerns through the writer's
consciousness.
Siri ‘Potret
Penulis’
Saya anak bangsa Malaysia yang bukan
muslim. Tetapi, Islam sentiasa ada di sekeliling saya dan menjadi
sebahagian dari kehidupan harian saya. Saya mengenali Islam melalui tapisan
hidup. Saya juga berhadapan dengan Islam yang menjalar masuk melalui dasar-dasar
rasmi negara. Sebenarnya, saya agak resah untuk campurtangan dan mengambil
bahagian dalam pameran yang ini. Keresahan muncul kerana pendewasaan dan
didikan yang unik telah mengajar saya
untuk tidak menyuarakan pandangan tentang agama orang lain kecuali agama saya.
Walau pun Islam agama yang dominan di Malaysia, dan mempengaruhi pelbagai jalur
hidupan saya, saya merasa kurang selesa untuk membuat satu kenyataan terbuka
khusus tentang Islam. Ini kerana saya tidak memiliki keilmuan teguh tentang
agama ini. Ilmu dan pemahaman yang saya dapati hanya melalui ‘labonan’, perangai dan
tingkah laku yang ditunjukkan oleh penganutnya yang berada di sekeliling diri
saya. Saya cukup senang bernafas dalam kepelbagaian budaya di mana kita
berkemungkinan berkongsi sesama sendiri, menerima rasa hati jiran kita dengan
harapan wujudiah fikrah kita akan luas berjalur dalam kepelbagaian. Kita sering
merenung diri tentang masyarakat yang membesarkan dan mengelilingi kita.
Tentang kepelbagaian agama di sekeliling kita.
Semua ini ada warisan kita sebagai anak semua bangsa. Kerana enggan bersuara
dan berhadapan dengan Islam secara langsung, saya gunakan siri 'Potret Penulis'
ini untuk melakar imejan yang mencerminkan sebahagian dari persekitaran yang
telah mempengaruhi saya. Saya memilih satu kumpulan kecil gambar-gambar penulis
Jantan Islam Malaysia. Mereka adalah penulis-penulis yang menyuarakan dengan
kuat suara orang ramai tentang hal-hal sosial/budaya/politik tempatan. Suara
pandangan peribadi mereka amat kuat dan dapat dilihat melalui sajak, gurindam,
cerpen, makalah, skrip dan sebagainya. Mereka adalah penulis-penulis yang
memiliki rasa hati yang saya kagumi. Rasa hati yang saya anggap muncul dari cinta mendalam, rasa hormat dan
pemahaman mereka terhadap masyarakat sekeliling. Mereka juga memiliki sanubari
yang kritikal untuk menyoal dan bertanya tentang diri mereka dan masyarakat di sekeliling
mereka. Setiap penulis ini dilengkapi pula dengan fikrah yang waspada tentang
hubungan mereka dengan agama dan kebatinan. Unsur-unsur ini menjalar ke dalam
tubuh mereka dan mempengaruhi kelahiran kerja mereka.
Siri ‘Potret Penulis’ ini diharapkan dapat
berlaku adil, pertama kepada watak-watak yang digambari. Kedua, sebagai satu
siri gambar yang boleh membuka pintu
permulaan untuk mengenali Jantan Islam Malaysia. Juga dengan harapan siri ini
akan dapat memeta fikrah, harapan dan ketakutan mereka. Dan melihat keprihatinan
dan pertanggungjawaban masyarakat melalui kesedaran para penulis.
Thanks to:
The British Council: Common Ground Project
2004
12 Works + English
& BM blurbs:
Translations
to Bahasa Malaysia by Hishamuddin Rais
Artworks
A. Samad Said ‘Payung Amanah’
Digital print on Kodak Endura Paper
61 x 61 cm
2004
Amir Muhammad
‘Friday’
Digital print
on Kodak Endura Paper
61 x 61 cm
2004
Baha Zain
‘Bahasa Alam’
Digital print
on Kodak Endura Paper
61 x 61 cm
2004
Dr. Farish A.
Noor ‘The Other Malaysia’
Digital print
on Kodak Endura Paper
61 x 61 cm
2004
Hishamuddin
Rais ‘Dari Jemapoh ke Manchestee’
Digital print
on Kodak Endura Paper
61 x 61 cm
2004
Huzir Sulaiman
‘Occupation’
Digital print
on Kodak Endura Paper
61 x 61 cm
2004
Joe Kidd
‘HantuRaya’
Digital print
on Kodak Endura Paper
61 x 61 cm
2004
Karim Raslan
‘Heroes and Other Stories’
Digital print
on Kodak Endura Paper
61 x 61 cm
2004
Osman Ali
‘Surat Untuk Bulan’
Digital print
on Kodak Endura Paper
61 x 61 cm
2004
Rahmat Haron
‘Kerana Mu Malaysia’
Digital print
on Kodak Endura Paper
61 x 61 cm
2004
Salleh Ben
Joned ‘Angkasawan Negara’
Digital print
on Kodak Endura Paper
61 x 61 cm
2004
U-Wei Bin Haji
Saari ‘Jogho’
Digital print
on Kodak Endura Paper
61 x 61 cm
2004
Opening Reception & Art Talk